Wednesday, 29 October 2014

Bayi sembelit : Pengalaman sebenar seorang ibu (BUKAN TEORI SEMATA-MATA)

Pengalaman membesarkan seorang anak yang kaki sembelit memang betul-betul mencabar kesabaran dan ketabahan seorang ibu. Terasa panik + kesian + perasaan nak call ambulance setiap kali anak meraung nak buang air. Kadang-kadang contraction dia tu berlaku masa kita tengah bersiap-siap nak pergi kerja. Agak-agak kalau call ofis "Saya EL hari ni. Anak saya berak" , boleh kena buang kerja serta-merta tak?? Opppcourse boleh..  Tapi tegarkah kita menghantar anak tengah contraction macam tu ke rumah pengasuh? Kalau confirm boleh keluar dalam masa 2 jam ,  boleh la jugak buat suara kesian pada majikan " saya datang lewat sikit hari ni. Ada emergency " . Tapi kalau kes hana, 2 hari lepas tu belum tentu berjaya lagi. Dia akan merengek sampai tertidur, bangun tidur sambung main, bila datang contraction baru meraung balik.. fuuhh. sebab tu mummy panggil contraction, memang sebijik style org kontraksi nak bersalin setiap kali nak buang air besar. 

Kelihatan sangat terseksa. Kesian Hana .. April 2014


Sebelum kita pergi lebih jauh lagi, mummy cerita sikit detik bermulanya kesembelitan atau constipation si Hana Sharmin bt Mohd Sharmin ni. Sejak start solid, bermulalah sejarah hitam yg dimaksudkan itu. Kesnya, dia memang taknak langsung minum air masak. 

Hana semasa sedang berlakon minum air masak.. May 2014


Dia hanya makan apa-apa yg kita suap, lepas tu terus nak bergayut. Bila jumpa doktor, dia bagi nasihat yg sama macam dalam blog, yg memang teori semata-mata. Bukan nak salahkan doktor, tapi kalau dah memang itu je kaedahnya, takkan kita nak paksa doktor buat penyelidikan baru khas buat anak kita. Antara nasihatnya :

  • Banyakkan bagi air masak - memang tak boleh pakai sebab memang dia tak nak minum. Dah guna cara baik, cara ganas hatta cara halus pun, tetap taknak.
  • Banyak bagi sayur / buah / serat - Dah bagi banyak. Betik setengah biji - tak jalan. Broccoli, bayam, carrot semua dah campur dalam kuantiti yang BANYAK, tetap tak berjaya. Tinggal bunga rafflesia je lagi tak campor dalam bubur. 
  • Gantikan nasi dengan mee/spaghetti - Berkesan jugak, tapi menu apa la sangat bole dibuat dengan mee. Kalau kat rumah pengasuh, boleh request ke utk suap mee hari2. Kalau dia nampak kakak dia makan roti/biskut, nak tak nak kena bagi jugak kat dia. 
  • LACTUL - sejenis ubat pelembut najis. Kalau ikut dosage yang doktor bagi, tetap tak jalan. Last2 mummy reka dos sendiri. Berkesan ,tapi sampai bila nak rely on ubat tu kan ... Dgn dose rekaan sendiri pulak tu. 
  • Probiotik - air masak pun susah nak minum, ni pulak bak bancuh2 probiotik bagai.
Bila buat reserach kat internet, mummy mula risau. Macam2 nama penyakit yang keluar bila type severe constipation. Severe terus tu mummy bagi, sebab memang rasa helpless sgt. Yg sedihnya bila cerita dengan doktor, semua cakap "refer to the paragraph above". Rata-rata ckp, tak serious ni puan. Dia nampak sihat, puan. Mummy macam nak sound jer doktor tu, "doc, boleh saya pinjam ultrasound tak.? takpe, saya bayar. saya buat sendiri pun takpe. sekarang memang nampak sihat. time dia contaction tu, doc tak tengok!!".

Bila tgh stress kan.. Maaf ye doktor2 sekalian. Doktor memang tak salah, yg salahnya Hana sebab TAKNAK MINUM AIR MASAK!!! Geram sungguh hati ini.. 

Pada suatu hari, mummy menyuarakan msalah hana ni pada seorang kawan di sekolah. 

M :  Stress la hana sembelit. Tak tau nak buat apa dah. 
S  :  Anak aku gitu gak dulu. Dia trauma sebenarnya. Bila dia nak buang air tu, hang bukak kaki dia. Jgn kasi dia kepit. 


Yess!! info baru.. tak sabar nak try kat hana. Masa umur dia dalam 1 thn 6 bln baru dapat idea berguna ni. 

Masa yang ditunggu2 pun tiba. Betul cakap S tu. Mummy perasaan masa dia nak teran, dia akan menjingkit kaki dia. Sama ada nak tahan sakit atau dia trauma nak buang air, menyebabkan asetnya itu tersimpan lebih lama sehingga menjadi lebih keras. 

Bila teringat advice pakar kanak2 yg bernama S itu, mummy pun angkat Hana ke toilet. Letakkan dia antara dua lutut (posisi hana macam duduk kat toilet seat). Seperti yang diduga, keluarlah aset yang dinanti2kan tu. Cepat, mudah, ringkas dan bergaya... Kenapalah selama ni tak terfikir. 

Lepas tu terus mummy pergi beli toilet seat utk baby. Murah jer pun, baru belas2 ringgit. Beli kat Jusco Sunway Pyramid.



Banyak perubahan dapat dilihat lepas Hana yakk (hana panggil berak = Yakk ) kat toilet. Contraction dia tak lama, dah tak sampai berhari-hari. Agak2 nampak dia merengek, terus bawak dia duduk dalam toilet. 

Tapi saat yang bahagia datang sekejap saja. Masa umur Hana 22 bulan, Hana mula minum fm . Bermulalah kembali zaman kegelapan mummy. Mula-mula bagi susu yang sama dengan kakak dia. iskh2, tak boleh rupanya pukul rata gitu ekk.. Padahal bukan DNA sama je ke korang ni.. Dari situ la mummy berkenalan dengan Bristol Stool Chart, juga diperkenalkan oleh S .

From : Google image search

Nak tergelak pun ada. Macam tau2 mummy ni blaja kat University of Bristol. Tapi memang bagus kalau kita baca explanation dari Bristol Stool Chart. Memang dia terangkan satu persatu kenapa aset boleh jadi sedemikian rupa, dan apa kita kena buat utk overcome masalah aset tak notmal. Huhu.. 

Berdasarkan kajian mummy, sah hana ni mempuntai aset Type 1, selepas minum susu yg sama brand dengan kakaknya..

Mummy pun berfikir dan terus berfikir. kalau buat PhD in constipation, mesti dah lulus ni.. Tiba2, pada suatu hari mummy teringat akan satu peristiwa yang berlaku pada hani 2 tahun dulu. Hani = kakak hana..

Masa mula2 nak introduce FM kat Hani, mummy pernah ter try SUSTAGEN. Kenapa SUSTAGEN? Sebab memang dari dulu mummy terliur sangat nampak kotak SUSTAGEN. Nama pun macam lazat. Tapi sayangnya, aset Hani jadi macam Type 7. Totally liquid. So mummy buat calculation :

(Type 1 (aset hana sekarang)  + Type  7 (aset hani bila minum sustagen )) / 2 = Type 4

So tanpa membuang masa lagi, terus ajak encik Yayah pi beli sustagen kat tesco. Camni gambar eh jang..

Sumber : website sustagen 

Tepat sekali calculation Mummy. Alhamdulillah, lepas minum susu ni aset Hana dah jadi Type 4. kadang2 ada jugak terhasil type 3, tapi takdela sekronik dulu.. Utk Hana, mummy cairkan sedikit sukatan iaitu 1 scoop susu = 2 oz air.

Selain tips2 di atas, Mummy notice pencairan sedikit pada aset Hana bila dia minum susu kultur macam Vitagen, Yakult, solivite, nutrigen. Utk hana dan hani , nutrigen paling ketara. 

Buat ibu2 yg ada masalah yang sama, post ini ditulis sekadar utk mummy atie ceritakan pengalaman. Ia bukan nasihat pakar atau bertujuan mempromosi mana2 produk. Lain baby, lain kesannya. Apa2 pun, percayalah pada instinct anda. Kalau rasa something wrong dgn anak, better bawak pergi klinik. Dapatkan nasihat dari 2 /3 klinik atau pakar. Bukan meragui doktor, tapi doktor pun manusia kan... Kalau doktor a terlepas pandang sesuatu, harap2 doktor b dapatlah mengesan apa yg terlepas tu. 

Akhir kata, kepada ibu2 yg ada anak2 kaki sembelit macam Hana 

KEEP CALM 
And 
STUDY STOOL



 




1 comment:

  1. hye boleh tye... anak awk brp lama xberak.. sbb anak saya pon jenis ssh berak.. dh nk 2mggu ni die simpan taik... sya risau nya..

    ReplyDelete