Pada suatu hari Ahad, mummy secara tiba2 terasa sudah bosan dengan aktiviti indoor seperti bertawaf di OU / Tesco / The Curve . Setelah penat brainstorming dengan En. Yayah (ayah, hana's version), kami decide nak pergi Bukit Cerakah di seksyen 8, shah alam. Gambar rajah di bawah ni merupakan summary of what have we experienced there...
sebelum kita pergi lebih detail lagi, saya list kan ciri-ciri suspect yg sesuai utk ke tempat ini :
- keluarga dengan anak setahun ke atas. Ada jugak nampak bayi lebih kecil, tapi kesian sikit la
- warga emas sehingga 60 tahun ok kot, selagi takde masalah kesihatan
List of barang yang perlu di bawa bersama (selain benda2 basic seperti kamera, topi)
- insect repellent
- aobite / mopiko / krim2 lain yg sewaktu dgnnya..
- mineral water - ada jugak jual kat dalam tu, tp takut tak dan smpai kedai dah dahaga macam kitorang
Attires:
- sport attires paling sesuai , trmasuk sport shoes
FAQs:
- penat tak nak jalan dalam tu?
penat, tapi ada disediakan open-sided ( bukan open top yerr) bus , so kalau rasa tak mampu nak berjalan bolehla naik je bas tu dgn tambang serendah (tak igt, tp rendah la)
- stroller boleh bawak tak?
Boleh, kebanyakan tempat yg kami lalu boleh dilalui stroller
- panas tak?
Kebanyakan tempat covered by pokok-pokok besar, jadi tak la terasa panas sgt. Tapi kalau budak2, baikla dipakaikan topi..
- toilet/ changing room / nursing room?
Tak masuk, so tak bole nak review.. Sesapa ade experience bole la review kat comment yer.. Tq
Seterusnya kita saksikan carta alir kejadian:
Baru parking. Hani psycho taknak ambik gambar. Tablet nak bawak jugak tu..
Ada mini zoo dalam ni.. Haiwan kat sini jinak2, bila kita hulur rumput, semua datang.. Tak pasri sebenarnya boleh tak feed haiwan kat sini, tak nampak signs tak boleh bagi makan tapi masa kami sampai, ramai je org tgh bagi makan burung, rusa ni semua..
rumah 4 musim - tarikan utama ..
Best part ni.. Dapat makan megi dalam hutan. En yayah ni fanatik megi..
Lain2 aktiviti yg kami plan nak buat during next visit:
- fishing
- sewa basikal yg siap dgn carrier.. Bolehla letak hani n hana kat blakang.
Rasanya sampai disini je la entry kali ni.. Sebenarnya banyak dah blog menceritakan tentang bukit Cherakah ni, cuma saya lebih menumpukan pada experience membawa kanak2 sebaya hani dan hana ke tempat2 yg pernah kami lawati. Pada ibu bapa di luar sana, this place is highly recommended, cuma perlu berdoa cuaca baik / tak hujan.
emm mnarik2 !! wpun byk blog lain psl tmpt ni, tp entri u ni yg paling byk info..cewahh..Thanks ticer mom!!!
ReplyDeleteBoleh tak kalau encik sharmin tukar nama lain setiap kali nak komen??
ReplyDelete