Thursday, 6 November 2014

Cara meningkatkan selera anak

Hari ini mummy nak kongsikan pengalaman mummy yang pernah mempunyai anak yang susah yang amat nak makan. Ini pengalaman sahaja yer, bukan tips dari pakar atau sebagainya. Sekurang-kurangnya kalau ada ibu2 lain terbaca post ni dan berminat nak try out dekat anak, boleh la mencuba nasib. Berkongsi ilmu kata org.. 

Kisah Hani 



Hani tak pernah ada masalah makan, sampailah dia berumur dua tahun. Sebelum tu, kita suaplah kepala gajah sekalipun, semua dia telan. Ada ramai ibu2 muda (ceh, aku ibu tua ke) beranggapan bila anak dia mula2 di introduce dgn solid food, dia nampak anak dia makan macam kebuluran, dia anggap anak dia mmg berselera orangnya. Ini salah sama sekali.

Sehingga umur Hani hampir mencecah 4 tahun sekarang, bermacam2 trend saya boleh lihat dari habit pemakanan dia. Ada masa dia makan banyak macam tong sampah, ada masa dia hanya minum susu sahaja. Fine. 

Tapi saat yang paling merisaukan mummy masa Hani hampir mencecah 2 tahun. Dia langung taknak makan, dan susu dalam botol sebanyak 7oz pun dia taknak habiskan. Masa tu memang nampak bdan dia sangat susut. faktor2 penurunan selera dia , tak dapat nak dipastikan. 

Kaedah yang pernah di cuba :

#1 : Tukar cara masakan 
Kalau sebelum ni mummy memang masakkan bubur, mummy cuba pulak suap nasi biasa. Kadang2 suap dengan sup, kadang2 bagi dia rasa lauk family member yg lain. Cuba pelbagai rasa.. manis, masin, tawar, sedikit pedas, nasi, mee, bihun, kuey teow, sayur, tak sayur, ayam tak ayam.. semuanya tak berjaya. Pintu hatinya macam dah tertuup dengan makanan. Susu? minum tapi tak habis

Risau wei masa ni. Rasa macam nak sambungkan wire ke perut dia, nak sumbat dengan makanan2 tu semua. 

#2 : Mandi air kucai
Ni petua dari satu blog yg mummy baca, katanya sangat berkesan cara ni. Sempat buat sekali jer, so tak dapat dipastikan keberkesanannya

#3 : Vitamin / Lysine
Nasib baik pulak si hani ni takde masalah makan ubat. Mummy belikan Appeton untuk tambah selera makan. Sama la, cara ni tak dapat dipastikan keberkesannanya sebab pada masa yang sama, mummy dah start method #4. tapi Appeton ni is recommended by ramai ibu2 senior yg dapat result memuaskan lepas ambil supplement ni.  

#4 : Mealshake
Mealshake ni salah satu produk shaklee. Jgn salah faham ye, mummy tak jual shaklee tp ini la method yang mummy rasa berkesan sekali untuk hani. Bila mummy suggest utk dibagi pada cousin hani, mummy dia pun mendapat keputusan yang sama. Selera anak kami memang meningkat.. Mealshake ni cara pengambilan dia 

  • Campur setengah sudu kecil pada susu anak
  • Setiap kali buat susu 
Ada masa mummy tertinggal mealshake bila balik kampung / holiday , memang boleh nampak selera hani berkurang sedikit. Kakak iaitu mummy pada cousin hani risau jugak, "Nanti dia tak bergantung pada benda ni ke?"

Senang je mummy jawab, bergantung ke tak bergantung ke, asalkan dia makan.. Risau sangat dia buat perangai tak makan macam dulu. Lagipun kanak2 memang perlukan zat dari makanan berkhasiat untuk dia membesar. So biarlah dia membesar dahulu, kalau dah besar pun tak selera nak makan jugak, itu mummy akan pikirkan kemudian. huhu.

Dari research yang mummy baca dari internet, kanak2 kurang selera makan kerana kekurangan sejenis amino acid dalam badan yang benama lysine. Bila dia kurang zat ni, lepas tu tambah pulak selera dia takde, lagi la takde sumber langsung untuk zat-zat lain masuk ke dlm badan dia. Ini menambahkan kekurangseleraan seorg kanak2 itu. 

 Sebab tu supplement lysine diberi pada kanak-kanak yang tak mahu makan. 

Mealshake ni pula mengandungi pelbagai jenis amino acid yang diperlukan dalam badan. 

Tapi satu tabiat hani yang sukar dibendung kerana melibatkan fizikal ialah, kalau dibiarkan dia makan tanpa diikat, dia akan berlari2 sambil makan meyebabkan proses penyuapan menjadi sangat lambat dan susah. 

Jadi sampai umur dia 3 tahun, setiap kali makan mesti ada baby chair. 

Cartoon wajib bukak untuk pastikan beliau duduk diam, kalau tak makan sambil berlari sampai mummy yg nak termuntah melihatnya. 

Alhamdulillah setakat ni, Hani makan mengikut perkadaran dan  badan dia pun dah normal. Tak underweight macam dulu. Cuma masalahya sekarang ialah adik beliau, Hana. Hana special case sikit sebab.. sebab.. tunggu post mummy yang akan datang yer.. 



1 comment:

  1. petua ticerdad lak time mummy xde: bia bdk2 kebulur ckit, pstu laju je nganga time suap

    ReplyDelete