Dilema ibu menyusu. Bila baca pada poster/flyer kat klinik, BAYI PERLU MENYUSU IBU SEPENUHNYA SEHINGGA 6 bulan. OK fine, alhamdulillah ada rezeki Hani dan Hana utk tu. Baca pulak dekat forum2, ada ibu2 yang menyusukan anaknya SEPENUHNYA (tanpa fm/nasi/air masak) sampai 2 tahun!!! Mummy terkedu sekejap selama 2 saat .. Alamak, tak perfect lagi hani hana ni. Rasa bersalah... Rasa frust tak dapat mencapai tahap PHD penyusuan.
Anak susuan Mummy.. 3 tahun perkhidmatan cemerlang
Baca pulak blog pasal susu .. wargghh lagi pening.. FM vs fresh milk, FM vs Susu Kambing , FM vs Susu Organik , FM murah vs FM mahal. FM Islamic vs FM tak Islamic .. Haa dah macam loan pulak islamic tak islamic.. Lagi sekali termenung. Perfect dah ke susu hani hana ni...
Macam tu la kita yg bernama manusia. Tak pernah puas dengan apa yang kita ada.
Bila tak dapat susukan anak sampai 2 tahun, ingatlah ramai je lagi baby yang dah minum fm sejak lahir.. So jgn kecewa.
Bila terpaksa bagi anak minum fm sejak lahir, ingatlah bahawa ada je baby yang tak dapat minum walau setitik pun susu ibu atas macam2 sebab .. So jgn kecewa.
Bila baby tak dpt minum walau setitik susu ibu, ingatlah masih ada orang yg struggle nak dapatkan anak. Usahkan dapat merasai nikmat menyusukan baby, nikmat mengandungkan dan melahirkan pun belum dirasai.. so jgn kecewa..
Bila struggle nak dapatkan anak, pun jgn kecewa jugak sebab masih ada org yg tgh struggle nak dapatkan pasangan.
Bila tgh struggle mencari pasangan, jangan sedih jugak sebab ada orang yang usahkan dirinya tiada pasangan, anggota badan dia sendiri pun tak cukup pasangan.
Selagi kita memandang org di atas kita, selagi itu terasa diri tak sempurna. Rasa tak berguna.
Rezeki Allah S.W.T dalam pelbagai bentuk. Kalau tak cukup susu ibu, mungkin rezeki si anak dalam bentuk wang ringgit yg membolehkan si ibu beli susu yang baik utk anaknya.
Kalau si ibu tak mampu belikan susu mahal utk anak, susu organik atau bapak segala susu sekalipun, mungkin rezeki si anak ialah selera yg baik utk dia agar dapat diserap zat-zat dari makanan yg baik.
Kesimpulannya, jangan terlalu kecewa. Bila dah cuba 1000 cara tapi masih dpt 0.5oz bila pump, takpe.. senyum.. mungkin rezeki anak kita dalam bentuk lain. Bukan susu yang kau perah itu. Cari alternatif. Jgn stress. Jgn nangis.
Peringatan ini adalah untuk dirimu sendiri ye, Puan Atie... Sama jugak macam bab2 lain. Tgk iklan rumah baru lebih besar 2 square feet, mula la terasa sempit benar rumah sendiri.. Teman org masuk LV, terasa nak sorok je Coach kat bahu ni dalam cardigan. Sila bersyukur!
DAN BUAT SEMUA IBU-IBU DI LUAR SANA, ANDALAH YANG TERBAIK. KALAU DAH STRESS SANGAT BACA BLOG PASAL SUSU, BUAT BLOG SENDIRI. MACAM SAYA. SUKA HATI MAU TULIS APA. HAHAHA..
waa!! menangis ustat dong kalo bc entry ini..
ReplyDelete