Friday, 18 March 2016

Officially a successful user of Freemie ..

Setelah berminggu dok survey, research, thesis bagaiii, akhirnya aku berjaya mendapatkan Freemie Cup yg aku idam2kan.. terima kasih kepada encik asbenn kerana begitu supportive (financially =)) .. untuk anok awok jugakk kan .. agagaga.. lebih kurang 2 minggu dah aku guna gadget terbaru ni and i think i'm loving it!!

So far aku telah berjaya menjalankan projek di meja sambil menaip minit mesyuarat dan menghadiri meeting dan ldp .. tanpa disedari oleh org disebelah mahupun org didepan.. utk rekod aku merupakan seorang ppps siswazah dg41 .. haa cuba teka pekerjaan apekah itu???

Aku rasa tak perlulah aku ceritakan cara2 penggunaannya sebab senang bebenor, boleh baca sendiri jer dkt manual. Cuma dalam post ini aku akan menjawab soalan2 yg pernah aku tanya2 sendiri masa proses "menyervay" tempoh hari.

Soalan pertama : betul ke boleh pam dimana2?
Betul tu betul, but u still need a 'hidden' port untuk masukkan freemie cup tu ke dalam baju. kalau confident level yg amat tinggi, boleh la kot masukkan walau dimana kau berada. tapi aku pesen yg prefer bukak seluas2nya , jadi aku kena gak cari tempat tersorok. Bezanya anda tak perlu menyorok lama, cuma untuk beberapa saat saja and after that u can continue with your bussiness..

Soalan kedua : orang tak sedar ke?
Depends on your type of pump. Kalau spectra m1 macam yg aku pakai, mmg takde org sedar. spectra punya pump mmg agak perlahan bunyinya berbanding pump lain..

cuma cuma cuma

CUP nya itu bila dipakai, mmg ada nampak macm cartoon sikit.. dada nampak besar dan utk org yg badan kecik, it will looks abnormally big.. kalau yg berbadan besar sikit, mungkin jadi balance la kot. so aku terpaksa pakai nursing poncho ketika menjalankan projek. colleague2 lelaki kalau nampak aku berponcho, diorg akan tanya, "kau sejuk ke??" aku jawab aah je la..

but setiap kali before aku berfreemie in public, aku pun akan tanya kawan2 yg dah tau rahsia disebalik poncho, "nampak pelik tak aku??"

diorg kata takk pun.. so aku assume semuanya selamat dan aku pun meneruskan modus operandi aku macam biasa..

Soalan ketiga : apa masalah2 dihadapi sepanjang penggunaan freemie ni?
Bila nak tuang susu ke dalam botol, aku selalu mendapati mesti susu tu tumpah.. tak pasti la samada aku tak reti tuang ke, tp mesti akan ada tertumpah sedikit. ada sesiapa boleh tolong jawabkan masalah ni tak??

yg kedua, freemie cup ni besar sikit berbanding funnel biasa. jadi dia makan space sedikit dalam beg pump. tp ni small matter je kot.

Selain dari tu, aku mmg saaayaangg sgt freemie cup aku ni dan rasa rugi tak beli sejak anak pertama... sekian saja, kalau ada pape kita update lagi..


Thursday, 22 October 2015

Babywearing : My first SSC - Snuggbaby

Dah 3rd baby baru mengada nak ssc. Sbbnya 3rd baby ni mmg mengada, nak dukung je, takmau stroller. So bertabahlah mummy melabur dkt Fabulous Mom TTDI sampai dkt nak 4 rat.. Di sebabkan byk good review pasal Snuggbaby SSC, I pun smpai2 terus test drive Snuggbaby jer. kalau ikutkan, price masa tu ergo dan onya lg murah tp sbb

- Snuggbaby material cotton
- Suitable for newborn
- org tu kata boleh nursing dlm Snuggbaby (tp tak pernah try)
- body panel tinggi, so boleh support newborn better than ergo
- compared to onya, Snuggbaby punya yg kat bahu tu lg tebal padding dia so boleh tahan lebih berat

Kalau ikut selera mata ni mummy macam prefer onya/ergo. Snuggbaby ni design dia ceria sgt larr utk i... Depends on taste masing2 la kot. Kalau yg custome made mmg la ikut anak tekak sendiri tp harga nya pulak sudah tentu nak smpai ke tekak ni dah napas den.. So ambik je la design yg available masa tu. ni je la yg paling matured yg ada: 


Perasmian Snuggbaby kat One Utama.. Terasa macam pregnant balik pulak.. Mohon jgn aamiin. Hehe.

Haira seronok tdo dlm tu. tp ade jugak masanya dia macam mengamuk and nak berdiri dlm carrier. Adekah sbb time tu lapar? Atau tak selesa? Tp bila pujuk baik2, dia tdo je la. Cuma i tak brani nak biar dia lama sgt sbb dia pun baru 2 bulan, tak stable sgt lg.. Mungkin bila dah besar sikit, dia lebih selesa. 

Sebenarnya mula2 macam nak beli CMC je kat OBW tp tak byk lg review pasal brand ni so tak berapa confident. Kalau yg dah try bole la bg review sikit. 

Dgn adanya Snuggbaby ni, pasni plan2 nak gi jogging satu family. Takdela jog sgt, jln2 jer. Rutin macam dolu2 masa anak 2. Tp tunggu la Haira dah kuat sikit and jerebu dah totally takde.. Jom doa sama2 agar udara di msia kembali pulih.. aamin..

Wednesday, 21 October 2015

Damansara Specialist Hospital vs Hospital Bersalin UMRA, Shah Alam

How time flies. Our brand new little princess, Haira, meaning Intan is already 2.5 months today.


 Totally different from her two siblings, Haira ni kuat sikit nangis and she never sleep longer than 1/2 an hour, unless di pegang atau di dukung.. Fuuh mmmg mencabar minda. Masa dia 30 days old, ayah dia pulak kena pergi offshore dan masa tu jugakla perangai dia di tahap TERRBAIKKK iaitu menangis tanpa diketahui sebab secara kuat dan kdg2 sampai tak dgr suara. Kami suspect dia lapar sbb memang dia tak kuat sgt menyusu, tp bila offer breast / bottle , makin kuat pulak dia nangis. After confinement, nangis tu dah kurang cuma tido tu masih sekejap2.  Menyusu pun dah ok dan masa routine checkup pun berat dia normal. Confinement kali ni mencabar dari segi tu je la, other than that, Alhamdullilah, a smooth sailing one. No nipple crack and nappy rash that I used to have masa pantang hani and hana. No joke, I am the who had the nappy rash and not the babies! Rasanya sebab pakai sanitary pad terlalu lama. Just imagine sampai over 40 days pkai pad... Sgt tak selesa. Mesti baby yg pkai diaper semua rasa macam tu..

Kali ketiga ni mummy deliver kat Damansara Specialist (DSH) dgn gynae Toh Puan Dr Maziah. Paed pulak kami pilih Dato' Dr Azizi Hj Omar, one of Medical Director in DSH. Kami pilih Dr Maziah sbb beliau satu2nya gynae perempuan dan Islam in DSH. Please don't get me wrong, I am not against male gynae atau sebagainya. In fact Hani disambut oleh doktor lelaki keturunan mamak dan hana pulak dgn doktor perempuan India. I have no problem at all dgn gynae lelaki or non-muslim. Tapi sbb bila tgk pic Dr. Maziah ni kat website, terasa beliau sgt motherly dan lemah lembut gitu.

Dr Azizi pun kami pilih based on our experience masa Hana kena suspect denggi last year. He didn't mind to give us his mobile number and reply to my whatsapp message, asking about hana's blood test. Panjang pulak tu explanation nyer. Tp tidak la pulak kami ni sikit nak wassapp dia je, macam ambik kesempatan la pulak kan.

Overall, pengalaman bersalin Haira at DSH ni adalah berbaloi dgn charge dia. RM5K ++ (normal delivery, single room, 1 nite stay). Bilik pun bersih and spacious , tak perlu ambik extra bed pun for husband. 



Malam kedua siap bawak hani and hana tdo skali.. semua tdo kat sofa panjang dlm bilik tu je.. muat .. I was admitted on Wed midnight dan discharged Jumaat petang, tp dia charge satu malam jer.

Utk ibu2 yg sdg survey hospital bersalin, saya akan summarize kan dua hospital yg pernah saya pergi :

UMRA
Strength:
- Reasonable charge (RM1K++ , year 2012 , normal, single room)
- Pre-natal check-up and paed utk immunize baby available sampai malam and during weekend which for me is very convenient.
- Clean, spacious ward.

Things that can be improved:
- Tempat drop off patient kalau boleh covered pun menarik sbb bila bawak baby kdg2 hujan / cuaca terlalu panas. No choice , kena redah..

DSH
Strength:
- Friendly nurses
- Tak kedekut ... selagi tak keluar selagi tu laa dok anta food. Haira pun dpt macam2 masa check-out tu
-Ada 1 free home visit by DSH nurses.

Things that can be improved:
-Tempat parking. Kdg2 sampai vallet parking pun full.

Itu sahajalah berdasarkan pengalaman bersalin 3 org anak di 2 hospital berbeza. Bila baca blog org lain, kdg2 lain pulak ceritanya. Especially UMRA tu. Byk sgt bad reviews. But for me, takde pulak macam yg diceritakan tu. Ok2 jer. DSH pun sama. Org kata mahal. Tp kalau mahal dan kena dgn service yg baik, takpelakan.. Tapi kalau nak ikutkan, sebenarnya check-up kat klinik kerajaan lar yg paling detail. Free pulak tu. Tu pun ade macam2 cerita pasal nurse kerajaan tapi Alhamdulillah, setakat ni semua yg ku kenal di KKIA TTDI semua baik2 dan lemah lembut. Rasa2nya semua ni bergantung pada kita jugak.

Okla, sampai sini sahaja post kali ini. Harap dpt membantu sesiapa yg memerlukan di luar sana. Assalamualaikum...




Wednesday, 26 November 2014

Cara nak jadi glamour kat msia

Sejak akhir2 ni ku banyak ku baca dekat media sosial, org share, org like, org comment pada tulisan2 yg ku rasa, tiadalah kualiti setinggi mana pun. Tiada citation. Tiada fakta. Tiada case study. Tiada Rujukan. Hanya pendapat semata2.

Tapi yg comment nyer sampai berbunyi :

SAYA SOKONG 200%

MOHON SHARE. BOLEH DIJADIKAN PANDUAN HIDUP

KEPADA YG TAK SETUJU DENGAN TULISAN BELIAU, FIKIRAN ANDA CETEK

Bukan niat untuk rendah2 kan penulis. sesiapa ada hak nak tulis ape2. Wall sendiri kan. Tapi aku pening dgn yg dok like, share, membuta tuli pada tulisan yg TIADA FAKTANYA. 

Bila ku lihat trend org sekarang, untuk ada peminat fanatik yg ramai dan boleh mendapat like sehingga 2000 seminit, senang je caranya.

Fikir satu isu/masalah

Tulis karangan yg agak sedap bahasanya. Boleh jadi bahasa santai atau  bahasa penuh puitis sampai nak cerita pasal restoran pun, boleh buat lirik lagu.

Selit sikit unsur2 agama. Kalau boleh dkt bawah, tulis la hasil nukilan Dr XXX ke.. Haji dot dot dot ke.. ustazah ABC ke. Prof ke. 

Post kat facebook.

Buat la dalam 4/5 kali.

Sekali sekala, cerita la kesedihan dalam hidup anda. Sekali sekala cerita pulak kejayaan.. Sekali sekala nak nampak akademik sikit, pasal politik. Yg penting, ayat kena nampak bernas. 

Lebih menarik kalau anda ceritakan bagaimana anda berfikir out of the box, so pelik dari org lain, then org lain kutuk anda.. Padahal pada hakikatnya, anda rasa anda seorg yg telah berjaya dalam hidup.

Lepas tu anda akan sedar, apa sahaja yg anda post, org akan like. Ada saja org akan backup, walau apa sahaja anda tulis. 

Lepas tu anda akan glamour. Anda boleh dijadikan pakar motivasi. Org akan panggil anda untuk bagi talk. Anda jadi inspirasi. 

Selamat mencuba dan semoga maju jaya.



Tuesday, 11 November 2014

Ideas for dinner : Nasi hentam sajalah labu

Menu ni takde kena mengena dgn labu yer... Namanya sedemikian rupa kerana ia betul2 guna apa2 yg ada kat dapo mummy yg serba kekurangan ni. Sebenarnya takdela kekurangan sgt, mummy je yg tak pandai masak . Barang2 belambak je , siap sampai expired 2 bulan pun masih ku simpan lagi .. 


Menu HSLL (hentam saja la labu) ni terdiri dari:

Nasi goreng butter
Ikan siakap deep fry
Kicap cicah
Sayur masak air

Dgr pun cam NAK termuntah kan??

Tapi kot2 la insan2 di luar sana yg dlm hidup dia mmg tak pernah mkn tak sedap, boleh la nak try menu hsll ni. Yg penting bahan2 nya sempoiiyy..



Thursday, 6 November 2014

Cara meningkatkan selera anak

Hari ini mummy nak kongsikan pengalaman mummy yang pernah mempunyai anak yang susah yang amat nak makan. Ini pengalaman sahaja yer, bukan tips dari pakar atau sebagainya. Sekurang-kurangnya kalau ada ibu2 lain terbaca post ni dan berminat nak try out dekat anak, boleh la mencuba nasib. Berkongsi ilmu kata org.. 

Kisah Hani 



Hani tak pernah ada masalah makan, sampailah dia berumur dua tahun. Sebelum tu, kita suaplah kepala gajah sekalipun, semua dia telan. Ada ramai ibu2 muda (ceh, aku ibu tua ke) beranggapan bila anak dia mula2 di introduce dgn solid food, dia nampak anak dia makan macam kebuluran, dia anggap anak dia mmg berselera orangnya. Ini salah sama sekali.

Sehingga umur Hani hampir mencecah 4 tahun sekarang, bermacam2 trend saya boleh lihat dari habit pemakanan dia. Ada masa dia makan banyak macam tong sampah, ada masa dia hanya minum susu sahaja. Fine. 

Tapi saat yang paling merisaukan mummy masa Hani hampir mencecah 2 tahun. Dia langung taknak makan, dan susu dalam botol sebanyak 7oz pun dia taknak habiskan. Masa tu memang nampak bdan dia sangat susut. faktor2 penurunan selera dia , tak dapat nak dipastikan. 

Kaedah yang pernah di cuba :

#1 : Tukar cara masakan 
Kalau sebelum ni mummy memang masakkan bubur, mummy cuba pulak suap nasi biasa. Kadang2 suap dengan sup, kadang2 bagi dia rasa lauk family member yg lain. Cuba pelbagai rasa.. manis, masin, tawar, sedikit pedas, nasi, mee, bihun, kuey teow, sayur, tak sayur, ayam tak ayam.. semuanya tak berjaya. Pintu hatinya macam dah tertuup dengan makanan. Susu? minum tapi tak habis

Risau wei masa ni. Rasa macam nak sambungkan wire ke perut dia, nak sumbat dengan makanan2 tu semua. 

#2 : Mandi air kucai
Ni petua dari satu blog yg mummy baca, katanya sangat berkesan cara ni. Sempat buat sekali jer, so tak dapat dipastikan keberkesanannya

#3 : Vitamin / Lysine
Nasib baik pulak si hani ni takde masalah makan ubat. Mummy belikan Appeton untuk tambah selera makan. Sama la, cara ni tak dapat dipastikan keberkesannanya sebab pada masa yang sama, mummy dah start method #4. tapi Appeton ni is recommended by ramai ibu2 senior yg dapat result memuaskan lepas ambil supplement ni.  

#4 : Mealshake
Mealshake ni salah satu produk shaklee. Jgn salah faham ye, mummy tak jual shaklee tp ini la method yang mummy rasa berkesan sekali untuk hani. Bila mummy suggest utk dibagi pada cousin hani, mummy dia pun mendapat keputusan yang sama. Selera anak kami memang meningkat.. Mealshake ni cara pengambilan dia 

  • Campur setengah sudu kecil pada susu anak
  • Setiap kali buat susu 
Ada masa mummy tertinggal mealshake bila balik kampung / holiday , memang boleh nampak selera hani berkurang sedikit. Kakak iaitu mummy pada cousin hani risau jugak, "Nanti dia tak bergantung pada benda ni ke?"

Senang je mummy jawab, bergantung ke tak bergantung ke, asalkan dia makan.. Risau sangat dia buat perangai tak makan macam dulu. Lagipun kanak2 memang perlukan zat dari makanan berkhasiat untuk dia membesar. So biarlah dia membesar dahulu, kalau dah besar pun tak selera nak makan jugak, itu mummy akan pikirkan kemudian. huhu.

Dari research yang mummy baca dari internet, kanak2 kurang selera makan kerana kekurangan sejenis amino acid dalam badan yang benama lysine. Bila dia kurang zat ni, lepas tu tambah pulak selera dia takde, lagi la takde sumber langsung untuk zat-zat lain masuk ke dlm badan dia. Ini menambahkan kekurangseleraan seorg kanak2 itu. 

 Sebab tu supplement lysine diberi pada kanak-kanak yang tak mahu makan. 

Mealshake ni pula mengandungi pelbagai jenis amino acid yang diperlukan dalam badan. 

Tapi satu tabiat hani yang sukar dibendung kerana melibatkan fizikal ialah, kalau dibiarkan dia makan tanpa diikat, dia akan berlari2 sambil makan meyebabkan proses penyuapan menjadi sangat lambat dan susah. 

Jadi sampai umur dia 3 tahun, setiap kali makan mesti ada baby chair. 

Cartoon wajib bukak untuk pastikan beliau duduk diam, kalau tak makan sambil berlari sampai mummy yg nak termuntah melihatnya. 

Alhamdulillah setakat ni, Hani makan mengikut perkadaran dan  badan dia pun dah normal. Tak underweight macam dulu. Cuma masalahya sekarang ialah adik beliau, Hana. Hana special case sikit sebab.. sebab.. tunggu post mummy yang akan datang yer.. 



Wednesday, 29 October 2014

Bayi sembelit : Pengalaman sebenar seorang ibu (BUKAN TEORI SEMATA-MATA)

Pengalaman membesarkan seorang anak yang kaki sembelit memang betul-betul mencabar kesabaran dan ketabahan seorang ibu. Terasa panik + kesian + perasaan nak call ambulance setiap kali anak meraung nak buang air. Kadang-kadang contraction dia tu berlaku masa kita tengah bersiap-siap nak pergi kerja. Agak-agak kalau call ofis "Saya EL hari ni. Anak saya berak" , boleh kena buang kerja serta-merta tak?? Opppcourse boleh..  Tapi tegarkah kita menghantar anak tengah contraction macam tu ke rumah pengasuh? Kalau confirm boleh keluar dalam masa 2 jam ,  boleh la jugak buat suara kesian pada majikan " saya datang lewat sikit hari ni. Ada emergency " . Tapi kalau kes hana, 2 hari lepas tu belum tentu berjaya lagi. Dia akan merengek sampai tertidur, bangun tidur sambung main, bila datang contraction baru meraung balik.. fuuhh. sebab tu mummy panggil contraction, memang sebijik style org kontraksi nak bersalin setiap kali nak buang air besar. 

Kelihatan sangat terseksa. Kesian Hana .. April 2014


Sebelum kita pergi lebih jauh lagi, mummy cerita sikit detik bermulanya kesembelitan atau constipation si Hana Sharmin bt Mohd Sharmin ni. Sejak start solid, bermulalah sejarah hitam yg dimaksudkan itu. Kesnya, dia memang taknak langsung minum air masak. 

Hana semasa sedang berlakon minum air masak.. May 2014


Dia hanya makan apa-apa yg kita suap, lepas tu terus nak bergayut. Bila jumpa doktor, dia bagi nasihat yg sama macam dalam blog, yg memang teori semata-mata. Bukan nak salahkan doktor, tapi kalau dah memang itu je kaedahnya, takkan kita nak paksa doktor buat penyelidikan baru khas buat anak kita. Antara nasihatnya :

  • Banyakkan bagi air masak - memang tak boleh pakai sebab memang dia tak nak minum. Dah guna cara baik, cara ganas hatta cara halus pun, tetap taknak.
  • Banyak bagi sayur / buah / serat - Dah bagi banyak. Betik setengah biji - tak jalan. Broccoli, bayam, carrot semua dah campur dalam kuantiti yang BANYAK, tetap tak berjaya. Tinggal bunga rafflesia je lagi tak campor dalam bubur. 
  • Gantikan nasi dengan mee/spaghetti - Berkesan jugak, tapi menu apa la sangat bole dibuat dengan mee. Kalau kat rumah pengasuh, boleh request ke utk suap mee hari2. Kalau dia nampak kakak dia makan roti/biskut, nak tak nak kena bagi jugak kat dia. 
  • LACTUL - sejenis ubat pelembut najis. Kalau ikut dosage yang doktor bagi, tetap tak jalan. Last2 mummy reka dos sendiri. Berkesan ,tapi sampai bila nak rely on ubat tu kan ... Dgn dose rekaan sendiri pulak tu. 
  • Probiotik - air masak pun susah nak minum, ni pulak bak bancuh2 probiotik bagai.
Bila buat reserach kat internet, mummy mula risau. Macam2 nama penyakit yang keluar bila type severe constipation. Severe terus tu mummy bagi, sebab memang rasa helpless sgt. Yg sedihnya bila cerita dengan doktor, semua cakap "refer to the paragraph above". Rata-rata ckp, tak serious ni puan. Dia nampak sihat, puan. Mummy macam nak sound jer doktor tu, "doc, boleh saya pinjam ultrasound tak.? takpe, saya bayar. saya buat sendiri pun takpe. sekarang memang nampak sihat. time dia contaction tu, doc tak tengok!!".

Bila tgh stress kan.. Maaf ye doktor2 sekalian. Doktor memang tak salah, yg salahnya Hana sebab TAKNAK MINUM AIR MASAK!!! Geram sungguh hati ini.. 

Pada suatu hari, mummy menyuarakan msalah hana ni pada seorang kawan di sekolah. 

M :  Stress la hana sembelit. Tak tau nak buat apa dah. 
S  :  Anak aku gitu gak dulu. Dia trauma sebenarnya. Bila dia nak buang air tu, hang bukak kaki dia. Jgn kasi dia kepit. 


Yess!! info baru.. tak sabar nak try kat hana. Masa umur dia dalam 1 thn 6 bln baru dapat idea berguna ni. 

Masa yang ditunggu2 pun tiba. Betul cakap S tu. Mummy perasaan masa dia nak teran, dia akan menjingkit kaki dia. Sama ada nak tahan sakit atau dia trauma nak buang air, menyebabkan asetnya itu tersimpan lebih lama sehingga menjadi lebih keras. 

Bila teringat advice pakar kanak2 yg bernama S itu, mummy pun angkat Hana ke toilet. Letakkan dia antara dua lutut (posisi hana macam duduk kat toilet seat). Seperti yang diduga, keluarlah aset yang dinanti2kan tu. Cepat, mudah, ringkas dan bergaya... Kenapalah selama ni tak terfikir. 

Lepas tu terus mummy pergi beli toilet seat utk baby. Murah jer pun, baru belas2 ringgit. Beli kat Jusco Sunway Pyramid.



Banyak perubahan dapat dilihat lepas Hana yakk (hana panggil berak = Yakk ) kat toilet. Contraction dia tak lama, dah tak sampai berhari-hari. Agak2 nampak dia merengek, terus bawak dia duduk dalam toilet. 

Tapi saat yang bahagia datang sekejap saja. Masa umur Hana 22 bulan, Hana mula minum fm . Bermulalah kembali zaman kegelapan mummy. Mula-mula bagi susu yang sama dengan kakak dia. iskh2, tak boleh rupanya pukul rata gitu ekk.. Padahal bukan DNA sama je ke korang ni.. Dari situ la mummy berkenalan dengan Bristol Stool Chart, juga diperkenalkan oleh S .

From : Google image search

Nak tergelak pun ada. Macam tau2 mummy ni blaja kat University of Bristol. Tapi memang bagus kalau kita baca explanation dari Bristol Stool Chart. Memang dia terangkan satu persatu kenapa aset boleh jadi sedemikian rupa, dan apa kita kena buat utk overcome masalah aset tak notmal. Huhu.. 

Berdasarkan kajian mummy, sah hana ni mempuntai aset Type 1, selepas minum susu yg sama brand dengan kakaknya..

Mummy pun berfikir dan terus berfikir. kalau buat PhD in constipation, mesti dah lulus ni.. Tiba2, pada suatu hari mummy teringat akan satu peristiwa yang berlaku pada hani 2 tahun dulu. Hani = kakak hana..

Masa mula2 nak introduce FM kat Hani, mummy pernah ter try SUSTAGEN. Kenapa SUSTAGEN? Sebab memang dari dulu mummy terliur sangat nampak kotak SUSTAGEN. Nama pun macam lazat. Tapi sayangnya, aset Hani jadi macam Type 7. Totally liquid. So mummy buat calculation :

(Type 1 (aset hana sekarang)  + Type  7 (aset hani bila minum sustagen )) / 2 = Type 4

So tanpa membuang masa lagi, terus ajak encik Yayah pi beli sustagen kat tesco. Camni gambar eh jang..

Sumber : website sustagen 

Tepat sekali calculation Mummy. Alhamdulillah, lepas minum susu ni aset Hana dah jadi Type 4. kadang2 ada jugak terhasil type 3, tapi takdela sekronik dulu.. Utk Hana, mummy cairkan sedikit sukatan iaitu 1 scoop susu = 2 oz air.

Selain tips2 di atas, Mummy notice pencairan sedikit pada aset Hana bila dia minum susu kultur macam Vitagen, Yakult, solivite, nutrigen. Utk hana dan hani , nutrigen paling ketara. 

Buat ibu2 yg ada masalah yang sama, post ini ditulis sekadar utk mummy atie ceritakan pengalaman. Ia bukan nasihat pakar atau bertujuan mempromosi mana2 produk. Lain baby, lain kesannya. Apa2 pun, percayalah pada instinct anda. Kalau rasa something wrong dgn anak, better bawak pergi klinik. Dapatkan nasihat dari 2 /3 klinik atau pakar. Bukan meragui doktor, tapi doktor pun manusia kan... Kalau doktor a terlepas pandang sesuatu, harap2 doktor b dapatlah mengesan apa yg terlepas tu. 

Akhir kata, kepada ibu2 yg ada anak2 kaki sembelit macam Hana 

KEEP CALM 
And 
STUDY STOOL