Wednesday, 21 October 2015

Damansara Specialist Hospital vs Hospital Bersalin UMRA, Shah Alam

How time flies. Our brand new little princess, Haira, meaning Intan is already 2.5 months today.


 Totally different from her two siblings, Haira ni kuat sikit nangis and she never sleep longer than 1/2 an hour, unless di pegang atau di dukung.. Fuuh mmmg mencabar minda. Masa dia 30 days old, ayah dia pulak kena pergi offshore dan masa tu jugakla perangai dia di tahap TERRBAIKKK iaitu menangis tanpa diketahui sebab secara kuat dan kdg2 sampai tak dgr suara. Kami suspect dia lapar sbb memang dia tak kuat sgt menyusu, tp bila offer breast / bottle , makin kuat pulak dia nangis. After confinement, nangis tu dah kurang cuma tido tu masih sekejap2.  Menyusu pun dah ok dan masa routine checkup pun berat dia normal. Confinement kali ni mencabar dari segi tu je la, other than that, Alhamdullilah, a smooth sailing one. No nipple crack and nappy rash that I used to have masa pantang hani and hana. No joke, I am the who had the nappy rash and not the babies! Rasanya sebab pakai sanitary pad terlalu lama. Just imagine sampai over 40 days pkai pad... Sgt tak selesa. Mesti baby yg pkai diaper semua rasa macam tu..

Kali ketiga ni mummy deliver kat Damansara Specialist (DSH) dgn gynae Toh Puan Dr Maziah. Paed pulak kami pilih Dato' Dr Azizi Hj Omar, one of Medical Director in DSH. Kami pilih Dr Maziah sbb beliau satu2nya gynae perempuan dan Islam in DSH. Please don't get me wrong, I am not against male gynae atau sebagainya. In fact Hani disambut oleh doktor lelaki keturunan mamak dan hana pulak dgn doktor perempuan India. I have no problem at all dgn gynae lelaki or non-muslim. Tapi sbb bila tgk pic Dr. Maziah ni kat website, terasa beliau sgt motherly dan lemah lembut gitu.

Dr Azizi pun kami pilih based on our experience masa Hana kena suspect denggi last year. He didn't mind to give us his mobile number and reply to my whatsapp message, asking about hana's blood test. Panjang pulak tu explanation nyer. Tp tidak la pulak kami ni sikit nak wassapp dia je, macam ambik kesempatan la pulak kan.

Overall, pengalaman bersalin Haira at DSH ni adalah berbaloi dgn charge dia. RM5K ++ (normal delivery, single room, 1 nite stay). Bilik pun bersih and spacious , tak perlu ambik extra bed pun for husband. 



Malam kedua siap bawak hani and hana tdo skali.. semua tdo kat sofa panjang dlm bilik tu je.. muat .. I was admitted on Wed midnight dan discharged Jumaat petang, tp dia charge satu malam jer.

Utk ibu2 yg sdg survey hospital bersalin, saya akan summarize kan dua hospital yg pernah saya pergi :

UMRA
Strength:
- Reasonable charge (RM1K++ , year 2012 , normal, single room)
- Pre-natal check-up and paed utk immunize baby available sampai malam and during weekend which for me is very convenient.
- Clean, spacious ward.

Things that can be improved:
- Tempat drop off patient kalau boleh covered pun menarik sbb bila bawak baby kdg2 hujan / cuaca terlalu panas. No choice , kena redah..

DSH
Strength:
- Friendly nurses
- Tak kedekut ... selagi tak keluar selagi tu laa dok anta food. Haira pun dpt macam2 masa check-out tu
-Ada 1 free home visit by DSH nurses.

Things that can be improved:
-Tempat parking. Kdg2 sampai vallet parking pun full.

Itu sahajalah berdasarkan pengalaman bersalin 3 org anak di 2 hospital berbeza. Bila baca blog org lain, kdg2 lain pulak ceritanya. Especially UMRA tu. Byk sgt bad reviews. But for me, takde pulak macam yg diceritakan tu. Ok2 jer. DSH pun sama. Org kata mahal. Tp kalau mahal dan kena dgn service yg baik, takpelakan.. Tapi kalau nak ikutkan, sebenarnya check-up kat klinik kerajaan lar yg paling detail. Free pulak tu. Tu pun ade macam2 cerita pasal nurse kerajaan tapi Alhamdulillah, setakat ni semua yg ku kenal di KKIA TTDI semua baik2 dan lemah lembut. Rasa2nya semua ni bergantung pada kita jugak.

Okla, sampai sini sahaja post kali ini. Harap dpt membantu sesiapa yg memerlukan di luar sana. Assalamualaikum...




No comments:

Post a Comment