Tapi yg comment nyer sampai berbunyi :
SAYA SOKONG 200%
MOHON SHARE. BOLEH DIJADIKAN PANDUAN HIDUP
KEPADA YG TAK SETUJU DENGAN TULISAN BELIAU, FIKIRAN ANDA CETEK
Bukan niat untuk rendah2 kan penulis. sesiapa ada hak nak tulis ape2. Wall sendiri kan. Tapi aku pening dgn yg dok like, share, membuta tuli pada tulisan yg TIADA FAKTANYA.
Bila ku lihat trend org sekarang, untuk ada peminat fanatik yg ramai dan boleh mendapat like sehingga 2000 seminit, senang je caranya.
Fikir satu isu/masalah
Tulis karangan yg agak sedap bahasanya. Boleh jadi bahasa santai atau bahasa penuh puitis sampai nak cerita pasal restoran pun, boleh buat lirik lagu.
Selit sikit unsur2 agama. Kalau boleh dkt bawah, tulis la hasil nukilan Dr XXX ke.. Haji dot dot dot ke.. ustazah ABC ke. Prof ke.
Post kat facebook.
Buat la dalam 4/5 kali.
Sekali sekala, cerita la kesedihan dalam hidup anda. Sekali sekala cerita pulak kejayaan.. Sekali sekala nak nampak akademik sikit, pasal politik. Yg penting, ayat kena nampak bernas.
Lebih menarik kalau anda ceritakan bagaimana anda berfikir out of the box, so pelik dari org lain, then org lain kutuk anda.. Padahal pada hakikatnya, anda rasa anda seorg yg telah berjaya dalam hidup.
Lepas tu anda akan sedar, apa sahaja yg anda post, org akan like. Ada saja org akan backup, walau apa sahaja anda tulis.
Lepas tu anda akan glamour. Anda boleh dijadikan pakar motivasi. Org akan panggil anda untuk bagi talk. Anda jadi inspirasi.
Selamat mencuba dan semoga maju jaya.
No comments:
Post a Comment