Wednesday, 29 October 2014

Bayi sembelit : Pengalaman sebenar seorang ibu (BUKAN TEORI SEMATA-MATA)

Pengalaman membesarkan seorang anak yang kaki sembelit memang betul-betul mencabar kesabaran dan ketabahan seorang ibu. Terasa panik + kesian + perasaan nak call ambulance setiap kali anak meraung nak buang air. Kadang-kadang contraction dia tu berlaku masa kita tengah bersiap-siap nak pergi kerja. Agak-agak kalau call ofis "Saya EL hari ni. Anak saya berak" , boleh kena buang kerja serta-merta tak?? Opppcourse boleh..  Tapi tegarkah kita menghantar anak tengah contraction macam tu ke rumah pengasuh? Kalau confirm boleh keluar dalam masa 2 jam ,  boleh la jugak buat suara kesian pada majikan " saya datang lewat sikit hari ni. Ada emergency " . Tapi kalau kes hana, 2 hari lepas tu belum tentu berjaya lagi. Dia akan merengek sampai tertidur, bangun tidur sambung main, bila datang contraction baru meraung balik.. fuuhh. sebab tu mummy panggil contraction, memang sebijik style org kontraksi nak bersalin setiap kali nak buang air besar. 

Kelihatan sangat terseksa. Kesian Hana .. April 2014


Sebelum kita pergi lebih jauh lagi, mummy cerita sikit detik bermulanya kesembelitan atau constipation si Hana Sharmin bt Mohd Sharmin ni. Sejak start solid, bermulalah sejarah hitam yg dimaksudkan itu. Kesnya, dia memang taknak langsung minum air masak. 

Hana semasa sedang berlakon minum air masak.. May 2014


Dia hanya makan apa-apa yg kita suap, lepas tu terus nak bergayut. Bila jumpa doktor, dia bagi nasihat yg sama macam dalam blog, yg memang teori semata-mata. Bukan nak salahkan doktor, tapi kalau dah memang itu je kaedahnya, takkan kita nak paksa doktor buat penyelidikan baru khas buat anak kita. Antara nasihatnya :

  • Banyakkan bagi air masak - memang tak boleh pakai sebab memang dia tak nak minum. Dah guna cara baik, cara ganas hatta cara halus pun, tetap taknak.
  • Banyak bagi sayur / buah / serat - Dah bagi banyak. Betik setengah biji - tak jalan. Broccoli, bayam, carrot semua dah campur dalam kuantiti yang BANYAK, tetap tak berjaya. Tinggal bunga rafflesia je lagi tak campor dalam bubur. 
  • Gantikan nasi dengan mee/spaghetti - Berkesan jugak, tapi menu apa la sangat bole dibuat dengan mee. Kalau kat rumah pengasuh, boleh request ke utk suap mee hari2. Kalau dia nampak kakak dia makan roti/biskut, nak tak nak kena bagi jugak kat dia. 
  • LACTUL - sejenis ubat pelembut najis. Kalau ikut dosage yang doktor bagi, tetap tak jalan. Last2 mummy reka dos sendiri. Berkesan ,tapi sampai bila nak rely on ubat tu kan ... Dgn dose rekaan sendiri pulak tu. 
  • Probiotik - air masak pun susah nak minum, ni pulak bak bancuh2 probiotik bagai.
Bila buat reserach kat internet, mummy mula risau. Macam2 nama penyakit yang keluar bila type severe constipation. Severe terus tu mummy bagi, sebab memang rasa helpless sgt. Yg sedihnya bila cerita dengan doktor, semua cakap "refer to the paragraph above". Rata-rata ckp, tak serious ni puan. Dia nampak sihat, puan. Mummy macam nak sound jer doktor tu, "doc, boleh saya pinjam ultrasound tak.? takpe, saya bayar. saya buat sendiri pun takpe. sekarang memang nampak sihat. time dia contaction tu, doc tak tengok!!".

Bila tgh stress kan.. Maaf ye doktor2 sekalian. Doktor memang tak salah, yg salahnya Hana sebab TAKNAK MINUM AIR MASAK!!! Geram sungguh hati ini.. 

Pada suatu hari, mummy menyuarakan msalah hana ni pada seorang kawan di sekolah. 

M :  Stress la hana sembelit. Tak tau nak buat apa dah. 
S  :  Anak aku gitu gak dulu. Dia trauma sebenarnya. Bila dia nak buang air tu, hang bukak kaki dia. Jgn kasi dia kepit. 


Yess!! info baru.. tak sabar nak try kat hana. Masa umur dia dalam 1 thn 6 bln baru dapat idea berguna ni. 

Masa yang ditunggu2 pun tiba. Betul cakap S tu. Mummy perasaan masa dia nak teran, dia akan menjingkit kaki dia. Sama ada nak tahan sakit atau dia trauma nak buang air, menyebabkan asetnya itu tersimpan lebih lama sehingga menjadi lebih keras. 

Bila teringat advice pakar kanak2 yg bernama S itu, mummy pun angkat Hana ke toilet. Letakkan dia antara dua lutut (posisi hana macam duduk kat toilet seat). Seperti yang diduga, keluarlah aset yang dinanti2kan tu. Cepat, mudah, ringkas dan bergaya... Kenapalah selama ni tak terfikir. 

Lepas tu terus mummy pergi beli toilet seat utk baby. Murah jer pun, baru belas2 ringgit. Beli kat Jusco Sunway Pyramid.



Banyak perubahan dapat dilihat lepas Hana yakk (hana panggil berak = Yakk ) kat toilet. Contraction dia tak lama, dah tak sampai berhari-hari. Agak2 nampak dia merengek, terus bawak dia duduk dalam toilet. 

Tapi saat yang bahagia datang sekejap saja. Masa umur Hana 22 bulan, Hana mula minum fm . Bermulalah kembali zaman kegelapan mummy. Mula-mula bagi susu yang sama dengan kakak dia. iskh2, tak boleh rupanya pukul rata gitu ekk.. Padahal bukan DNA sama je ke korang ni.. Dari situ la mummy berkenalan dengan Bristol Stool Chart, juga diperkenalkan oleh S .

From : Google image search

Nak tergelak pun ada. Macam tau2 mummy ni blaja kat University of Bristol. Tapi memang bagus kalau kita baca explanation dari Bristol Stool Chart. Memang dia terangkan satu persatu kenapa aset boleh jadi sedemikian rupa, dan apa kita kena buat utk overcome masalah aset tak notmal. Huhu.. 

Berdasarkan kajian mummy, sah hana ni mempuntai aset Type 1, selepas minum susu yg sama brand dengan kakaknya..

Mummy pun berfikir dan terus berfikir. kalau buat PhD in constipation, mesti dah lulus ni.. Tiba2, pada suatu hari mummy teringat akan satu peristiwa yang berlaku pada hani 2 tahun dulu. Hani = kakak hana..

Masa mula2 nak introduce FM kat Hani, mummy pernah ter try SUSTAGEN. Kenapa SUSTAGEN? Sebab memang dari dulu mummy terliur sangat nampak kotak SUSTAGEN. Nama pun macam lazat. Tapi sayangnya, aset Hani jadi macam Type 7. Totally liquid. So mummy buat calculation :

(Type 1 (aset hana sekarang)  + Type  7 (aset hani bila minum sustagen )) / 2 = Type 4

So tanpa membuang masa lagi, terus ajak encik Yayah pi beli sustagen kat tesco. Camni gambar eh jang..

Sumber : website sustagen 

Tepat sekali calculation Mummy. Alhamdulillah, lepas minum susu ni aset Hana dah jadi Type 4. kadang2 ada jugak terhasil type 3, tapi takdela sekronik dulu.. Utk Hana, mummy cairkan sedikit sukatan iaitu 1 scoop susu = 2 oz air.

Selain tips2 di atas, Mummy notice pencairan sedikit pada aset Hana bila dia minum susu kultur macam Vitagen, Yakult, solivite, nutrigen. Utk hana dan hani , nutrigen paling ketara. 

Buat ibu2 yg ada masalah yang sama, post ini ditulis sekadar utk mummy atie ceritakan pengalaman. Ia bukan nasihat pakar atau bertujuan mempromosi mana2 produk. Lain baby, lain kesannya. Apa2 pun, percayalah pada instinct anda. Kalau rasa something wrong dgn anak, better bawak pergi klinik. Dapatkan nasihat dari 2 /3 klinik atau pakar. Bukan meragui doktor, tapi doktor pun manusia kan... Kalau doktor a terlepas pandang sesuatu, harap2 doktor b dapatlah mengesan apa yg terlepas tu. 

Akhir kata, kepada ibu2 yg ada anak2 kaki sembelit macam Hana 

KEEP CALM 
And 
STUDY STOOL



 




Tuesday, 28 October 2014

Soal Susu

Dilema ibu menyusu. Bila baca pada poster/flyer kat klinik, BAYI PERLU MENYUSU IBU SEPENUHNYA SEHINGGA 6 bulan. OK fine, alhamdulillah ada rezeki Hani dan Hana utk tu. Baca pulak dekat forum2, ada ibu2 yang menyusukan anaknya SEPENUHNYA (tanpa fm/nasi/air masak) sampai 2 tahun!!! Mummy terkedu sekejap selama 2 saat .. Alamak, tak perfect lagi hani hana ni. Rasa bersalah... Rasa frust tak dapat mencapai tahap PHD penyusuan.


     
                                        Anak susuan Mummy.. 3 tahun perkhidmatan cemerlang                                              

Baca pulak blog pasal susu .. wargghh lagi pening.. FM vs fresh milk, FM vs Susu Kambing , FM vs Susu Organik , FM murah vs FM mahal. FM Islamic vs FM tak Islamic .. Haa dah macam loan pulak islamic tak islamic.. Lagi sekali termenung. Perfect dah ke susu hani hana ni...  

Macam tu la kita yg bernama manusia. Tak pernah puas dengan apa yang kita ada.

Bila tak dapat susukan anak sampai 2 tahun, ingatlah ramai je lagi baby yang dah minum fm sejak lahir.. So jgn kecewa. 

Bila terpaksa bagi anak minum fm sejak lahir, ingatlah bahawa ada je baby yang tak dapat minum walau setitik pun susu ibu atas macam2 sebab .. So jgn kecewa.

Bila baby tak dpt minum walau setitik susu ibu, ingatlah masih ada orang yg struggle nak dapatkan anak. Usahkan dapat merasai nikmat menyusukan baby, nikmat mengandungkan dan melahirkan pun belum dirasai.. so jgn kecewa..

Bila struggle nak dapatkan anak, pun jgn kecewa jugak sebab masih ada org yg tgh struggle nak dapatkan pasangan.

Bila tgh struggle mencari pasangan, jangan sedih jugak sebab ada orang yang usahkan dirinya tiada pasangan, anggota badan dia sendiri pun tak cukup pasangan. 


Selagi kita memandang org di atas kita, selagi itu terasa diri tak sempurna. Rasa tak berguna.  

Rezeki Allah S.W.T dalam pelbagai bentuk. Kalau tak cukup susu ibu, mungkin rezeki si anak dalam bentuk wang ringgit yg membolehkan si ibu beli susu yang baik utk anaknya. 

Kalau si ibu tak mampu belikan susu mahal utk anak, susu organik atau bapak segala susu sekalipun, mungkin rezeki si anak ialah selera yg baik utk dia agar dapat diserap zat-zat dari makanan yg baik.


Kesimpulannya, jangan terlalu kecewa. Bila dah cuba 1000 cara tapi masih dpt 0.5oz bila pump, takpe.. senyum.. mungkin rezeki anak kita dalam bentuk lain. Bukan susu yang kau perah itu. Cari alternatif. Jgn stress. Jgn nangis. 

Peringatan ini adalah untuk dirimu sendiri ye, Puan Atie... Sama jugak macam bab2 lain. Tgk iklan rumah baru lebih besar 2 square feet, mula la terasa sempit benar rumah sendiri.. Teman org masuk LV, terasa nak sorok je Coach kat bahu ni dalam cardigan. Sila bersyukur! 

DAN BUAT SEMUA IBU-IBU DI LUAR SANA, ANDALAH YANG TERBAIK. KALAU DAH STRESS SANGAT BACA BLOG PASAL SUSU, BUAT BLOG SENDIRI. MACAM SAYA. SUKA HATI MAU TULIS APA. HAHAHA.. 






Saturday, 25 October 2014

For sale : tanah lot banglo ( Sepang)


InSyaAllah , kalau ada rezeki salah satu lot di sini akan jadi milik kami ..
Ada 7 lot semuanya 

Lokasi yg sgt strategik - 10 minit dari klia, berdekatan dgn pejabat kerajaan dan kawasan perumahan (semua tak smpai 5 minutes drive) .. Pendek kata tempat mmg dah well established.

Kedudukan lot ni btul2 sebelah Banglo Nilai Kasih .. Kira macam landmark tpt ni la..

further details :
- size - +- 6000 kps
- price- rm37 psf (nego)
- infra disediakan 
- geran sedia ada , dah siap pecah2 lot 
- freehold 
- malay reserved 

kenapa beli kawasan ni:
- kawasan persekitaran dah membangun, sesuai utk tinggal / investment 
- masa survey, owner ni offer price yg paling ok
- kawasan lain macam sungai merab , harga lebih tinggi sedangkan kawasan ni pun tak jauh beza dgn sg merab itu..
- kebetulan owner merupakan ayah kenalan mada belajar di Kolej MARA Banting , jadi terasa selamat ( tabiat mummy ni suka syak wasangka tak tentu pasal .. Terasa macam semua org nak tipu .. Sila jgn contohi perangai pelik ini)

Setakat ni, permohonan loan dgn kerajaan semua berjalan lancar. Sekarang dalam stage tunggu govn kluarkan bayaran pada lawyer. Harap semuanya selesai dalam masa terdekat.

Kepada yg berminat, masih ada lot yang kosong, mengikut kata owner. Nak tau lebih lanjut, komen je di bawah ni. Bak kata org, tak rugi beli tanah / rumah ni.. Rugi tak rugi, mummy suspen jugak kot2 tahun dpn kena makan tanah je satu kluarga.. Huhu. Harap2 tak sampai jadi macam tu yer.. 





Thursday, 23 October 2014

How i spend free quality time with my kids : activity 2 - Taman Tasik Titiwangsa

Titiwangsa ni mmg fav spot kami sejak hani pandai jalan... sebelum kita tgk gamba2 rajah, mummy list kan dulu beberapa list yg penting ( list of lists tu ...)

Siapa suspect yg sesuai dtg tempat ni?
- individu bujang / couple yg datang untuk bersukan. Sini boleh jogging, roller blading, main layang2, remote controlled car / heli , ada jugak org main bola sepak, badminton dan byk lg..
- yg dah ada anak , better tunggu anak pandai jalan lebih sesuai. Playground yg besar kat sini menjadi tarikan utama tpt ni
- warga emas pun sesuai , tempat letak kereta dkt je dgn park so kalau rasa tak larat boleh jln balik kereta .. 

Barang penting utk di bawa :
Selain benda2 basic, mummy igtkan readers yg berminat dtg sini sila bawa sekali :
- insect repellent
-aobite / mopiko 
- air mineral ( ada dijual)
- topi
- plastik/tikar utk alas duduk kalau rasa2 nak picnic macam kami
- basikal baby / stroller - in case anak tak larat nak jln..

FAQs :
- cuaca ?
Kalau rasa2 nak hujan better tak payah datang sbb tempat berteduh agak limited. Kalau panas sgt pun tak sesuai bwk budak2, kebanyakan tempat sgt opened especially the playground. Better tunggu lewat ptg, dalam pukul 5 tp limited sikit time boleh spend kat sana
- toilet / changing room / nursing room ?
Tak pernah masuk, so tak boleh review
- admission fees :
FOC

Ok, ni gambar2 terbaru kami pergi tpt ni :

Ni pulak masa hani 1 thn...

Gambar pun ala2 oren .. Budget old school la sgt..

Ok, sampai sini je entry kali ni.. Ada byk lagi tempat nak review dlm entry akan dtg.. Nampak sgt kaki jln nyer.. Terima kasih krn sudi membaca









How I spend free quality time with my kids : activity 1 - A Visit to Taman Botani / Bukit Cahaya / Bukit Cherakah , Shah Alam

 
Pada suatu hari Ahad, mummy secara tiba2 terasa sudah bosan dengan aktiviti indoor seperti bertawaf di OU / Tesco / The Curve . Setelah penat brainstorming dengan En. Yayah (ayah, hana's version), kami decide nak pergi Bukit Cerakah di seksyen 8, shah alam. Gambar rajah di bawah ni merupakan summary of what have we experienced there...


sebelum kita pergi lebih detail lagi, saya list kan ciri-ciri suspect yg sesuai utk ke tempat ini :
- keluarga dengan anak setahun ke atas. Ada jugak nampak bayi lebih kecil, tapi kesian sikit la
- warga emas sehingga 60 tahun ok kot, selagi takde masalah kesihatan 

List of barang yang perlu di bawa bersama (selain benda2 basic seperti kamera, topi)
- insect repellent 
- aobite / mopiko / krim2 lain yg sewaktu dgnnya..
- mineral water - ada jugak jual kat dalam tu, tp takut tak dan smpai kedai dah dahaga macam kitorang

Attires:
- sport attires paling sesuai , trmasuk sport shoes

FAQs:
- penat tak nak jalan dalam tu?
penat, tapi ada disediakan open-sided ( bukan open top yerr) bus , so kalau rasa tak mampu nak berjalan bolehla naik je bas tu dgn tambang serendah (tak igt, tp rendah la)
- stroller boleh bawak tak?
Boleh, kebanyakan tempat yg kami lalu boleh dilalui stroller
- panas tak?
Kebanyakan tempat covered by pokok-pokok besar, jadi tak la terasa panas sgt. Tapi kalau budak2, baikla dipakaikan topi..
- toilet/ changing room / nursing room?
Tak masuk, so tak bole nak review.. Sesapa ade experience bole la review kat comment yer.. Tq

Seterusnya kita saksikan carta alir kejadian:
Baru parking. Hani psycho taknak ambik gambar. Tablet nak bawak jugak tu.. 

Baru2 sampai terus bukak bekal nasi lemak. Ni dkt pondok kat tgh2 sawah.. 

Ada mini zoo dalam ni.. Haiwan kat sini jinak2, bila kita hulur rumput, semua datang.. Tak pasri sebenarnya boleh tak feed haiwan kat sini, tak nampak signs tak boleh bagi makan tapi masa kami sampai, ramai je org tgh bagi makan burung, rusa ni semua..

rumah 4 musim - tarikan utama ..

Best part ni.. Dapat makan megi dalam hutan. En yayah ni fanatik megi..

Lain2 aktiviti yg kami plan nak buat during next visit:
- fishing 
- sewa basikal yg siap dgn carrier.. Bolehla letak hani n hana kat blakang.

Rasanya sampai disini je la entry kali ni.. Sebenarnya banyak dah blog menceritakan tentang bukit Cherakah ni, cuma saya lebih menumpukan pada experience membawa kanak2 sebaya hani dan hana ke tempat2 yg pernah kami lawati. Pada ibu bapa di luar sana, this place is highly recommended, cuma perlu berdoa cuaca baik / tak hujan.




Wednesday, 22 October 2014