Setelah berminggu dok survey, research, thesis bagaiii, akhirnya aku berjaya mendapatkan Freemie Cup yg aku idam2kan.. terima kasih kepada encik asbenn kerana begitu supportive (financially =)) .. untuk anok awok jugakk kan .. agagaga.. lebih kurang 2 minggu dah aku guna gadget terbaru ni and i think i'm loving it!!
So far aku telah berjaya menjalankan projek di meja sambil menaip minit mesyuarat dan menghadiri meeting dan ldp .. tanpa disedari oleh org disebelah mahupun org didepan.. utk rekod aku merupakan seorang ppps siswazah dg41 .. haa cuba teka pekerjaan apekah itu???
Aku rasa tak perlulah aku ceritakan cara2 penggunaannya sebab senang bebenor, boleh baca sendiri jer dkt manual. Cuma dalam post ini aku akan menjawab soalan2 yg pernah aku tanya2 sendiri masa proses "menyervay" tempoh hari.
Soalan pertama : betul ke boleh pam dimana2?
Betul tu betul, but u still need a 'hidden' port untuk masukkan freemie cup tu ke dalam baju. kalau confident level yg amat tinggi, boleh la kot masukkan walau dimana kau berada. tapi aku pesen yg prefer bukak seluas2nya , jadi aku kena gak cari tempat tersorok. Bezanya anda tak perlu menyorok lama, cuma untuk beberapa saat saja and after that u can continue with your bussiness..
Soalan kedua : orang tak sedar ke?
Depends on your type of pump. Kalau spectra m1 macam yg aku pakai, mmg takde org sedar. spectra punya pump mmg agak perlahan bunyinya berbanding pump lain..
cuma cuma cuma
CUP nya itu bila dipakai, mmg ada nampak macm cartoon sikit.. dada nampak besar dan utk org yg badan kecik, it will looks abnormally big.. kalau yg berbadan besar sikit, mungkin jadi balance la kot. so aku terpaksa pakai nursing poncho ketika menjalankan projek. colleague2 lelaki kalau nampak aku berponcho, diorg akan tanya, "kau sejuk ke??" aku jawab aah je la..
but setiap kali before aku berfreemie in public, aku pun akan tanya kawan2 yg dah tau rahsia disebalik poncho, "nampak pelik tak aku??"
diorg kata takk pun.. so aku assume semuanya selamat dan aku pun meneruskan modus operandi aku macam biasa..
Soalan ketiga : apa masalah2 dihadapi sepanjang penggunaan freemie ni?
Bila nak tuang susu ke dalam botol, aku selalu mendapati mesti susu tu tumpah.. tak pasti la samada aku tak reti tuang ke, tp mesti akan ada tertumpah sedikit. ada sesiapa boleh tolong jawabkan masalah ni tak??
yg kedua, freemie cup ni besar sikit berbanding funnel biasa. jadi dia makan space sedikit dalam beg pump. tp ni small matter je kot.
Selain dari tu, aku mmg saaayaangg sgt freemie cup aku ni dan rasa rugi tak beli sejak anak pertama... sekian saja, kalau ada pape kita update lagi..